NEW DELHI: Penggali kubur di Mumbai, India menyaksikan kesan buruk daripada gelombang kedua COVID-19 apabila bekerja 24 jam tanpa henti.
Salah seorang daripada mereka, Sayyed Munir Kamruddin, 52, mengaku bekerja tanpa henti untuk mengebumikan mayat selepas negara melaporkan 3,645 kematian dalam tempoh 24 jam pada Khamis iaitu lonjakan kes jangkitan kematian luar biasa akibat pandemik tersebut, lapor Reuters.
"Setiap hari pasti ada mayat yang perlu disempurnakan dalam jumlah yang banyak sehingga kami tiada rehat.
"Sejujurnya dengan berbekalkan keberanian, saya tidak takut dengan COVID-19, malah ini merupakan tugas hakiki kami mengeluarkan mayat dari ambulans dan sempurnakannya," katanya.
Ujarnya, beban kerja penggali kubur semakin bertambah selepas kematian akibat wabak mendadak sejak kebelakangan ini hinggakan dia tidak lagi memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dan sarung tangan sejak tiga bulan lalu.
Kejadian serupa berlaku di krematorium New Delhi yang memerlukan penggali kubur mengebumikan 600 mayat setiap hari.
Menerusi laporan AFP, Mohammed Shamim, 38, memberitahu sudah menggali kubur untuk 115 mayat di tanah perkuburan Jadid Qabristan Ahle iaitu perkuburan Muslim terbesar di ibu negara India.
Bapa kepada empat anak ini berkata, dia telah menjadi penggali kubur sejak remaja lagi dan tidak menyangka jumlah korban COVID-19 meningkat saban hari.
"Di sini ruang sudah terhad malah terdapat anggota keluarga yang datang menempah ruang kubur ketika mangsa sedang nazak di hospital.
"Saya tidak pernah mengalami keadaan seperti ini," katanya yang terpaksa tidur di sebuah pondok berhampiran tanah perkuburan bagi mengelakkan keluarganya dijangkiti wabak terbabit.
Katanya, paling menyentuh hati apabila melihat ahli keluarga sekadar melihat dari jauh ketika upacara pengebumian dilakukan.
"Semua orang ingin melihat insan tersayang buat kali terakhir. Saya harus bertindak kejam dan tidak membiarkan mereka melihat jenazah.
"Walaupun terdengar suara-suara 'nakal' dan kata-kata menyakitkan hati, saya hanya mampu berdiam diri kerana memahami situasi itu," katanya.
Sementara itu, seorang koordinator pembakaran mayat, Jitender Singh Shanty pula memberitahu, ketibaan mayat tidak putus-putus.
"Setiap hari lebih ramai yang mati akibat COVID-19 ini dan jika ini berterusan, kita terpaksa membakar mayat di atas jalan kerana sudah tiada tempat lagi.
"Saya tidak pernah menjangkakan kita akan berdepan dengan malapetaka sebegini besar," katanya yang secara purata menguruskan pembakaran 100 mayat sehari.
Keadaan sama berlaku di negeri bahagian barat Gujarat apabila banyak pusat pembakaran mayat di Surat, Rajkot, Jamnagar dan Ahmedabad beroperasi tanpa henti dengan menerima tiga hingga empat kali ganda mayat untuk diuruskan berbanding biasa.
India pada Khamis merekodkan kes jangkitan COVID-19 melepasi angka 18 juta selepas mencatatkan hampir 380,000 kes baharu sekali gus memecahkan rekod baharu global.
Rekod kematian pula mencatatkan 204,832 orang selepas 3,645 kematian dalam tempoh 24 jam menyaksikan lonjakan kes jangkitan kematian luar biasa dan menghampiri rekod kematian Mexico yang ketika ini pada tangga ketiga dunia iaitu 216,447 pada Jumaat.
Berita asal: Keluh kesah penggali kubur India saat krisis Covid-19
Sinar Harian
Sat May 01 2021
Pengebumian mayat mangsa COVID-19 di New Delhi. -AP
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
Banjir: California bersedia gelombang kedua
California akan menyaksikan beberapa lagi pusingan cuaca ribut sepanjang hujung minggu.
Jumlah mangsa banjir di 4 negeri meningkat
Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, Johor, Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini.
Banjir: 'Tidur tak lena, berdebar-debar fikirkan gelombang kedua' - Penduduk Pekan
Ketika banjir masih melanda beberapa daerah di Pahang, penduduk di daerah Pekan pula mula khuatir dengan keselamatan mereka.
Banjir: Lima daerah di Pahang dibadai gelombang kedua
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, lima daerah berkenaan ialah Lipis, Maran, Bera, Rompin dan Raub.
Melaka Tengah daerah terbaharu terjejas banjir
Gelombang kedua banjir di Melaka semakin memburuk selepas daerah Melaka Tengah turut dilanda bencana berkenaan.
Polis Kedah sedia hantar anggota bantu mangsa banjir pantai timur
Polis negeri bersedia menghulurkan bantuan bukan sahaja dari segi anggota tetapi juga logistik.
Paras sungai di ibu negara dipantau ketat, elak gelombang kedua - Shahidan
DBKL akan terus memantau aras air sungai di kawasan ibu negara dalam memastikan tahap kesiapsiagaan tinggi jika berlaku gelombang kedua.
Agensi kerajaan kini lebih bersedia hadapi gelombang kedua banjir
Agensi-agensi kerajaan yang ditugaskan untuk menghadapi gelombang kedua banjir didapati kini lebih bersedia dan bertindak pantas dalam menjalankan tugas masing-masing.
Waspada gelombang kedua: Penduduk kampung Orang Asli kekal berkhemah di lokasi tinggi
Kira-kira 20 keluarga Orang Asli kampung itu masih menetap di 21 khemah biarpun banjir yang melanda kampung berkenaan telah surut sepenuhnya.